Monday 1 April 2013

The Sweet Memories

Assalamualaikum semua..
Huh! dah bertahun blog ni terbiar je.. tak update ape2 pun.. hehehe
24.3 ritu cukup umo aku 19 tahun.. muda lagi.. baru belasan tahun..huhu..
Sekrang aku dah kerja taw.. dah dapat pgang duit sendiri.. kumpul duit kahwin pun dah bole la.. hehe..
Kehidupan aku semakin lama, semakin gembira dan senang.. sentiasa ada dengan family kan..
cakap pasal kehidupan kan, beberapa tahun yg lepas aku ada updte tntg 'Cinta Cinta Cinta'..
Cinta kn Org kate permainan perasaan la, ape laa... banyak sangat anggapan Org tntg cinta..tak tau mana yang betul..Hmmm
Kehidupan aku kembali terisi dengan kaun adam bernama Mohd Rizal Bin Zulkafee :)
mcm mane jumpa dengan dia kan.. Hahaha.. mcm kelakar pun ada..
Dulu, aku dia masuk kem sama2.. nama kem tu kem Sg Gading.. Owner kem tu cikgu aku sndiri.. so, setiap ptg jumaat msti aku masuk kem tu jadi fesi dekat sane.. tp aku tak kerap pun masuk kem tu.. agk2 3 or 4 kali je masuk kem tu.. sbb nyer my Lovely mother yg comel2 tu tak izinkan.. dia risau katenyer.. dekat sane, sikit pun kami takde perasaan ape2.. perasaan sebagai abg dengan adik ada la.. aku tak rapat dgn dia.. dlm kem tu juga ada cOuple dia.. terkenal jugak la dorg ni dlm kem tu.. nama perpuan tu 'Aida'.. Waktu tu sikit pun aku tak heran.. sbb nyer ramai lg abg2 lain ada dlm kem tu.. HaHaHa.. dia terkenal dgn nama samaran 'Abg Bujal'.. sebut je nama dia, sume org kenal dia.. sape tak kenal dia, dia terkenal dgn lawak nyer tu.. selalu sangat buat lawak.. nak dijadikan cerita, pada tahun lepas 2012, s'ingat aku kan, aku mula kwn dgn dia awl bualn mei.. mula2 dia lawak2 je dlm cht fb tu.. b'syg2 la, jatuh hati la, mcm2 dia tu.. so, aku ni mcm keliru.. ape btul ke dia ni? ke dia nk main2 kan aku.. time tu aku tak fikir negative dgn dia.. aku fikir mgkin dia ni btul2 nak kan aku.. alamaklum la.. tgh single time tu.. lagi beberapa bln ckup setahun aku single..
Jeng.! Jeng.! Jenggggg....... 1.7.2012 adalah satu tarikh yg amat istimewa dlm hidup aku.. kami pun declare sbagai s'Org 'Kekasih' senang cite tarikh kami strt couple la time tu..Hahaha..
'Mohd Rizal'..Hmm pejam celik pejam celik dah 8 bulan aku couple dgn dia..
makin lame, aku kwn dgn dia, makin byk aku pelajari dri diaa.. Rizal.! dia seOrg yang sanngat baik, manja, begitu jugak dengan aku.. suka manja dgn dia, dia tak pernah mrah aku.. tak pernah kongkong aku.. ape saje aku nak buat, pasti dia bg smngat.. dia banyak ngajar aku ape erti kesabaran, kasih sayang, kesetiaan mcm2 la.. kdng2 tak tak terucap dgn kate2 smpaikan aku menangis sbb pengorbanan dia dekat aku..  aku selalu ckp dgn dia, jgn tnggalkan aku,, sebaliknyer, sebelum2 ni dia couple perpuan yg bnyk tnggalkan dia, tp aku nk yakinkan dia yg aku ni bkn mcm ex2 dia tu.. aku cukup2 bahagia, gembira, bersyukur sangat2 sbb dapat knal dgn dia, hanya Allah je tau k'gmbiraan yg aku lalui skrg, yg aku rasa skrg.. Alhamdulilah.. aku sntiasa berdoa moga2 Hubungan kami  p'akhirannya kami menjadi sah antara satu sama lain, dan sentiasa bersama shingga akhir hayat kami.. Aminnnnn.. :)))
tak sangka, rupanyer yg dah pergi dlm hidup aku tu, sebaliknya dtg yg lebih baik.. tgk, allah dah aturkan segalanyer dalam hidup aku.. berjumpa dengan insan yg btul2 sygkan aku, cintakan aku, kuat aku dpt rasa tu suma dlm diri diaa.. Alhamdulilah.. aku bersyukur kepadamu yg tak t'hingga.. terima kasih Ya Allah.!:)

kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, yang kelihatan SEMPURNA tak menjanjikan BAHAGIA, namun jika kita dapat terima KEKURANGAN menjadi KELEBIHAN, itulah yang dikatakan KESEMPURNAAN yang sebenar.. 
                                                       Mohd Rizal Bin Zulkafee :)     


Saturday 7 January 2012

10 Hal Yang Dapat Membuat Anda Menjadi Wanita Sempurna

  1. Ya, dengan senyum cantik anda yang membangkitkan rasa cinta dan menebar kasih sayang kepada orang lain.
  2. Ya, dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.
  3. Ya, dengan ketulusan derma anda yang dapat membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan orang yang lapar.
  4. Ya, dengan duduk manis bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi makna, mengamalkan kandungannya, bertobat, dan memohon ampun kepada-Nya
  5. Ya, dengan banyak dzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui tobat.
  6. Ya, dengan mendidik anak-anak anda untuk mendalami agama, mengajari mereka sunnah dan membimbing mereka kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.
  7. Ya, dengan rasa malu dan jilbab seperti yang diperintahkan Allah kepada anda sebagai sarana memelihara diri dan kehormatan anda.
  8. Ya, dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama, dan menghormati norma-norma etika.
  9. Ya, dengan berbakti kepada kedua orang tua, bersilaturahim, menghormati tetangga dan menjamin anak-anak yatim.
  10. Ya, dengan membaca buku-buku yang bermanfaat, menelaah bacaan yang berguna, maka hal itu benar-benar merupakan hal yang amat menyenangkan lagi memberikan informasi yang benar

Thursday 5 January 2012

Zaman Persekolahan Saya. :)

Assalamualaikum Semua. :)
Zaman Pesekolahan ??? Wow ! Banyak Sangat Kenangan Pahit, Manis, Masin, Tawar Sume Ade. Haha. Tapi Itu Sume Da Berlalu. Best Taw Time SekOla Nie. Waktu Itu Laa Saya Dapat Kenal Erti Sahabat, PntingNyer Sahabat Dalam HdOp Kite. Erti Percintaan. Tapi Bukan Percintaan Sebenar. Mungkin Cinta Munyet Je Kott. :)) Sekola Saya Dekat Je Dgn Ruma. Tapi Kalau Jalan Kaki Berpeluh Jugak Laa. Naek Moto Or Kete Tak Sampai 10Minit Da Sampai. Hee. Kat Sekola Dulu Dari Saya Form1 Smpai Laa Form4 Saya Jadi Ketua Kelass. Tp Smpai Form4 Je. Msuk Form5 Saya Da PenCen.  Mcm Kelakar Kan. Kebiasaan Nyer Lelaki Jd Ketua Kelas. Ini Terbalik Pulak. Sy Nie Haa Yg Perpuan Jd Ketua Kelas. Mgkin Sy Tegas Kott Org Nyer. Tegas Kee? Marah Skit Da Ngis. Hahahaa :D
Dulu, Kat Sekola Sy Tak HOT Mane Pun. Tp Satu Sekola Kenal Sy Termasuk Tukang Kebun Sekola, Mkcik N Pkcik Kantin, Smpaikan Pak Guard Sekola Pun Kenal Sy Taw. Hee. Kite baek Dgn Org, Msti Org Akan Kenal Kitee. Dan Lagi Satu, Jangan SOMBONG ! Tak Gune Sombong2 Nie Kan2? :)
Kenangan Manis Kat Sekola Tue Bnyak. AntareNyer, Dulu Time Sukan Sekola, Ckgu Lantik Sy KETUA CHEERLEADING Sekola. Tau Kan CheerLeading Tue Ape. Kalau Wktu Sukan Sekola Msti Student Buat Perfom Kan. Perform Pulakk Lagu Rncak2. Besar Tngunggjwab Ckgu Bg Kt Sy. Mule2 Fkir mcm Nk Tolak Jawatan Tue, Tp Fkir Bnyk Kali, klau Ckgu bg Sesuatu Tngunggjwab Kat Kite Msti Ckgu Yakin Kite Bole Buatt N Handle Kan. Alhamdulilah. Sy Pikul Tngunggjawab Tue Dgn Sngguh2 Sekali :). Ramai ckgu Kagum Dgn K'sungguhan Sy. Smpaikan Pengetua Sekola Pun Jumpe Sy Taw. Kagum La Konon ! Uweekk. Hee. Dulu Time Form 5 Sy Amik Aliran Ekonomi. Snang La Jugakk. Dlm Kelas Tue SumeNyer Sporting. Laki Perpuan Sume Sme. Bole Dikatekan Mcm Adik Bradik Laa Kami. Klau India Pun Same Taw. Sume Nyer SporTing. Itulah AntreNyer P'jalanan Khdupan Sy Di Alam PersekOlahan.
Sweet MemOry ;) Cube Tgk Kat Bawah Nie, Gmbar2 Sy Time Sekola Dulu ;)



Aku Hanya Wanita Biase ;))

KONGSIKAN!
Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya tahta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..
Cinta yang berlandaskan Keredhaan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..
Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..
Aku ingin mencintainya secara sederhana..tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu
Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia.

Berertikah Tangisan Anda...???

Apa erti tangisan ini??
wardah solehah
Jenis-jenis air mata
Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis yang tercela dan terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Air mata yang tidak di tuntut
1) Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2) Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan bukankah itu hanyalah lakonan.
3) Janganlah menangis kerana cinta yang tak berbalas kerana mungkin ‘dia’ bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4) Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan.
5) Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
6) Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Tangisan yang memadamkan api Neraka
Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmatiNya. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”
Dari itu……..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Cerita Cinta.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Saya copy paste kisah ini daripada blog seorang sahabiah. Sangat mengagumkan. InsyaAllah. Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik..
wardah solehah
“Tahu macam mana kami bertemu?”tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.
“Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan”kata sahabat saya ini. “Wah, macam novel!” teruja saya.
“Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak “
“Lepas tu, apa jadi?” tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.
“Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita”
“Dia ada buat apa-apa ke?”cepat sahaja saya menyampuk.
“Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu”kata sahabat ini.
“Apa dia?”
“Allah”
Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. ” Kenapa macam tu?” tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?
” Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?”
” Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? “balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.
” Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti”kata sahabat saya.
Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.
Halus sungguh jiwa sahabat ini.
“Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?”tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.
“Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut ‘Allah’ dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama”
“Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?”saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.
“Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana”
Sambungnya lagi; ” Kebetulan, selepas kejadian tu, dia mencari kita di universiti, bertanyakan kawan-kawannya. Akhirnya, dia tahu, kita adalah pelajar aktif dalam persatuan. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kita dalam aktiviti-aktiviti pelajar, tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk menghubungi.Dia nekad untuk menjadikan kita sebagai jodohnya, dan dia sendiri tak mahu kalau-kalau dia cuba mendekati kita, takut-takut hilang keberkatan nanti. Sebab itu, dalam tempoh 3 tahun, sekadar mengetahui perkembangan, itu pun tidak selalu, malah tiada contact waima e-mail sekali pun, gambar apatah lagi. Bercakap? Jauh sekali. Cukup sekadar dipendam di hati, dengan niat yang ikhlas dan pengharapan yang penuh kepada Allah”
“Wah, selepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran perkahwinan?”
Dan sahabat saya mengangguk. ” Ada gunanya untuk ambil tahu perkembangan, sekurang-kurangnya, ada sumber-sumber manusia untuk menghubungi kita bila sampai waktunya”kata sahabat ini lagi.
“Dilamar oleh orang yang hanya sekali bertemu, sekadar terserempak tanpa sengaja, awak terus setuju?”
“Mohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Allah kan lebih tahu?”
“Hmm..betul, betul”kata saya pula, bersetuju.
“Sebenarnya, dia risau juga kalau-kalau lamarannya tak diterima, tapi, dia yakin, kalau ini jodohnya, dan kalau ini yang telah diaturkan oleh Allah untuk kami, segala-galanya akan berjalan dengan baik”sambung sahabat saya lagi.
Subhanallah.
Suami sahabat saya ini, merupakan senior saya sebenarnya.Pernah bekerja dalam satu persatuan, suaminya ini cukup dihormati, ‘gila-gila’ dan cukup diminati dalam kalangan gadis. Saya tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya dan suaminya akan dipertemukan, kerana kedua-duanya amat berbeza daripada sudut perangai, personaliti, jurusan, umur, persatuan dan banyak lagi.
Tapi ini lah takdir mereka.
Subhanallah.
Kisah yang mengkagumkan saya sebenarnya. Diceritakan kepada saya oleh sahabat ini ketika kami sedang keluar bersama sewaktu cuti semester yang lepas.
Lokasi pertemuan mereka?
Di mana agak-agaknya komuter berada di peta bumi Malaysia ini?
Sekali lagi saya katakan, saya kagum dan teruja dengan pasangan ini.
Anda, bagaimana?
wardah solehah
~Salam kasih~ :)

Wednesday 4 January 2012

Aleesya Yang Periang.

Assalamualaikum Semua :)
Haiyoooo. Hari Nie Dari Pagi Tadi Layan Aleesya, Aduhh ! Fenin Betul Dengan Die. Semenjak Nk Dapat Adik Nie Die TERsangat Laa HyperActive Owww. Ade Je Bnde Die Buatt. Tak Duduk Diam. Habis Semua Pkcik N Pakcu Die Buli. ;) Tapi Walau Mcm Mne Pun, Sy Sayang Die Sangat2. Kalau Takde Die Kat Ruma Nie, Sunyi Je Rase. Kat Dalam Ruma Nie Die Mcm Ank Raja Da Tgk. Dengan Kate Laen, Layanan Die 'BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH'. Ape Die Nak Sume Dapat. Maklum Laa, Die Sorg Je Budak Kecik Kat Ruma Nie. :) Nak Tgk Gambar Die. Haaa ! Kat Bawah Nie Gmbar Die Laa. :)